Kat sini saya nak kongsi satu lagi ilmu yang mungkin kita abaikan secara sedar ataupun tidak. Saya percaya ramai yang tahu ada beberapa makhluk yang tak akan mati selagi kiamat belum tiba contohnya malaikat dan syaitan. tapi ada satu lagi 'makhluk' yang tak akan mati selagi kiamat belum tiba. Nama makhluk tu adalah MASALAH. ya sahabat dan sahabiah sekalian, masalah merupakan makhluk yang 'hidup' sejak nabi Adam a.s. dilahirkan lagi.
Masalah boleh membawa kita kepada dua jalan iaitu keputusan yang membawa kebaikan kepada kita atau sebaliknya. dan setiap masalah ni pasti mendatangkan macam-macam hikmah. for example saya sendiri. walaupun tak semua masalah tu aku boleh handle tapi hikmah2nya amatlah membuat saya buat renungan balik terhadap diri sendiri.
Bila saya tengok balik 'makhluk' yang tak pernah jemu menemani manusia ni,saya dapati ianya tidak melebihi drpd menguji kemampuan kita untuk menangani masalah-masalah. masalah tak akan selesai jika kita asyik mengeluh. so jangan sesekali mengeluh. 'meluahkan' takpe..hehe..
Meluahkan bukan bermaksud mengadu domba. daripada saya meluahkan pada orang2 lain,saya lebih suka meluahkannya menjadi olahan penulisan dalam buku-buku nota pelbagai bentuk yang lebih dikenali sebagai En. Diari. Encik Diari saya hanya digunakan bila gangguan 'makhluk' (masalah) merasuk diri saya. Then lepas beberapa hari tak temui jalan keluar..saya rujuk balik Encik Diari yang pastinya bersembunyi di tempat2 rahsia seperti dalam tangki flush jamban atau tempat2 yang tak mungkin dijumpai orang lain melainkan terkantoi.(berdasarkan pengalaman)
Berkat drpd penulisan saya tu,saya dapat memperbaiki BMT(bahasa melayu tinggi).selain tu dapat juga la berfikir menggunakan otak yang kian berhabuk ni..sekarang saya tengah melancarkan beberapa RMKS-5(Rancangan Makin Kaya Seri ke 5)heheehe..
No comments:
Post a Comment